OKTOBER 2024

Premier Hadir Sesi Pertemuan Dengan Ahli-Ahli Parlimen GPS 2024


KUALA LUMPUR ,  Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengadakan satu sesi perjumpaan  bersama-sama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Dewan Negara GPS di sebuah hotel di Kuala Lumpur, malam ini.  

Ia merupakan perjumpaan biasa sebelum Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15. Sidang parlimen akan bermula esok (14 Oktober) sehingga 12 Disember depan.

Perjumpaan itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof,Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Peguam Besar Sarawak Dato Sri Saferi Ali, Setiausaha Kewangan Sarawak  Dato Sri Dr Wan Liz Othman.